28 November 2018
Gamuda Land buka Discovery Park pada 2019
SHAH ALAM 28 Nov. - Discovery Park, sebahagian projek perbandaran Gamuda Cove, akan dibuka sebagai hab pelancongan dan hiburan di Lembah Klang Selatan menjelang tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land Sdn Bhd, Ngan Chee Meng.
Katanya, projek berkeluasan 20 hektar itu akan menjadi kawasan pelancongan dan berlibur yang pertama di Gamuda Cove, meliputi tiga kawasan rekreasi iaitu
The Adventure Park, Hangout Village dan Sports Park.
"Apabila Discovery Park memulakan operasi pada 2019, dengan kedudukannya yang strategik di sepanjang gerbang Lembah Klang Selatan, kami yakin ia akan
menjadi destinasi utama untuk pelancong tempatan dan antarabangsa serta mercu tanda di rantau ini," katanya pada sidang media, di sini, Ahad lalu.
Taman berkenaan akan dibuka sebahagiannya pada 2019, bermula dengan Adventure Park serta Hangout Village dan akan dibuka sepenuhnya dengan
kesemua zon pada 2020.
Terdahulu, Gamuda Land memeterai kerjasama strategik dengan enam rakan utama - Aerophile, AKA Balloon, Blastacars, Invade, Kitchen Maa dan Caravan
Serai - bagi menyediakan pelbagai aktiviti seperti belon udara panas, go kart, basikal gunung dan meluncur. - BERNAMA
More Media Highlights
See more highlights like this